.
Balik ke Laman Utama
::100.Berebut pokok pisang

SAYA pernah terbaca barang yang bukan kepunyaan kita tidak boleh digunakan. Di belakang rumah sewa saya tumbuh serumpun pokok pisang. Malangnya buah pisang ini menjadi bahan pertikaian dengan jiran sebelah kerana katanya, anak pisang yang tumbuh di belakang rumah sewa saya adalah hasil daripada pokok pisang di rumahnya (alasannya, akar pokok pisang menjalar masuk ke kawasan rumah kami). 

Saya pernah cuba berunding, tetapi dia menuduh kami mencuri, sedangkan pokok pisang itu tumbuh di kawasan rumah sewa saya. Tidak puas hati, jiran saya menebang pokok pisang tadi dan tindakannya itu membuat kami berasa malu. Adakah benar kami dikira mencuri, sedangkan saya dan suami yang membersihkannya? 

Keliru, 
Kuantan

JAWAPAN
Jika pokok pisang itu tumbuh dengan sendiri walaupun asalnya adalah dari akar pokok sebelah di kawasan tanah saudara, saudara berhak ke atas pokok pisang itu.

Tindakan jiran menebang pokok itu di kawasan rumah saudara memang tidak wajar, tetapi sebagai menjaga keharmonian, sebaiknya saudara bersabar saja.
 
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004