.
Balik ke Laman Utama
::84.Dosa terhapus selepas peluk Islam 
SAYA adalah saudara baru. Sebelum memeluk Islam, saya pernah dirogol dan mengandung. Selepas tiba di Semenanjung, baru saya sedar saya mengandung dan melahirkan anak di sini. 

Selepas bersalin, fikiran saya tidak tenang dan menghantar anak itu kepada keluarga angkat tidak jauh dari tempat saya bekerja. Saya pernah tidak menjenguk anak selama dua bulan setengah. Saya tidak beritahu hal ini kepada emak dan bapa di kampung.

Bagaimanapun, selepas mengetahui keadaan sebenar, mereka dapat menerima kami anak beranak.

Masalahnya, keluarga angkat tidak mahu menyerahkan anak kepada saya.
Mereka pernah menyuruh saya menandatangani surat pengambilan anak angkat, tetapi saya tidak lakukan. Bagaimana saya boleh mengambil balik anak saya? Adakah tindakan saya meninggalkan anak selama dua bulan setengah itu membolehkan mereka mengambil anak saya? Adakah saya perlu memberitahu keadaan sebenar kepada keluarga angkat? Apakah yang boleh saya lakukan?

Ika,
Pulau Pinang

JAWAPAN
Sebagai saudara baru dalam Islam, saudari diberi kelebihan terhapus dosa lama, iaitu segala dosa lampau yang dilakukan sebelum masuk Islam terhapus dengan memeluk agama Islam.

Berkenaan bayi itu, dia adalah anak saudari yang sah, tiada siapa dapat menghalang saudari daripada mengambilnya semula. Mungkin kerana keluarga angkat mengetahui kelemahan saudari, mereka cuba berkeras, sebaliknya saudari orang paling berhak dengan bayi itu, walaupun dia anak luar nikah. Tidak perlu menceritakan hal sebenar, cuma jelaskan yang saudari mahukannya semula. Jika mereka berkeras, buat laporan polis.

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004