BOLEHKAH
orang Islam menyimpan Bible di rumahnya? Tujuan membeli kitab berkenaan
adalah untuk bacaan pengetahuan, terutama bagi mereka yang baru memeluk
Islam? Adakah ia patut dimusnahkan atau dibuang?
INGIN TAHU,
Kulim, Kedah
JAWAPAN
Apabila seorang
itu baru memeluk agama Islam, kitab yang paling wajar dibacanya ialah al-Quran
dan bukan Bible.
Pernah Omar
r.a menceritakan kepada Nabi dia membaca Injil, lalu berubah muka Nabi
dan Baginda bersabda: “jika Isa a.s masih hidup, tentu dia sendiri akan
membaca al-Quran.”
Ini membuktikan
kitab rujukan orang Islam mestilah al-Quran, apalagi bagi yang baru memeluk
agama Islam akan lebih mengelirukan jika dia merujuk Bible, walaupun dengan
tujuan untuk pengetahuan.
Bakarlah kitab
itu dan rujuklah kepada al-Quran saja kerana pengajaran dalam al-Quran
adalah lengkap.
|