.
Balik ke Laman Utama
::86.Resah ingat dosa terlanjur
SAYA pernah terlanjur bersama kekasih ketika kami belajar di sekolah menengah dulu. Kini, hubungan kami terputus kerana masing-masing melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Masalahnya, sekarang saya sering berasa berdosa kepada Allah dan bersalah kepada bekas kekasih.
Adakah saya berdosa kepada gadis itu dan adakah memadai jika saya meminta maaf kerana keterlanjuran dulu?
Adakah saya perlu mengambilnya sebagai isteri dan bagaimana pula jika dia 
menolak?

AM,
Kajang, Selangor

JAWAPAN
Manusia itu asalnya berjiwa fitrah yang bersih. Oleh itu, jika kita melakukan dosa, perasaan berdosa itu akan tetap menghantui pemikiran dan jiwa.

Berdasarkan pernyataan tuan, memang tuan berdosa besar dengan Alah dan 
bersalah pada bekas kekasih.

Tebus kesalahan itu dengan banyak bertaubat kepada Allah dan jika mampu, eloklah mengahwininya kerana hanya saudara yang layak memperisterikannya. 

Jika dia menolak, itu haknya dan janganlah lagi mengganggunya.
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004