.
Balik ke Laman Utama
::88.Wanita keliru status diri

EMPAT tahun lalu saya pernah bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan rakan-rakan dan hanya bersaksikan orang yang tidak dikenali. 

Malangnya, perkahwinan kami tidak bertahan lama. Suami saya menghilangkan diri dan saya ditinggalkan begitu saja selepas beberapa bulan kami berkahwin.

Masalahnya, saya kini tidak tahu status saya, adakah saya masih isteri orang? Bagaimana saya boleh berkahwin lagi?

JAA,
Klang, Selangor

JAWAPAN
Perkahwinan tidak berdaftar tanpa wali sah, saksi yang dikenali atau lebih mudah, sindiket, memang akan menimbulkan masalah dan kerugian besar 
bagi wanita.

Jika awalnya sudah bermasalah, tentu sukar juga mencari penyelesaian di penghujungnya.

Berdasarkan keterangan itu, puan masih berstatus isteri dan terpaksa berusaha untuk mengesan suami untuk meminta dia melepaskan puan.

Jika tidak, rujuklah pada surat nikah adakah ia menganduni seperti jatuh talak jika suami menghilangkan diri, barulah kedudukan ouan dapat dipastikan.
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004