SAYA
seorang lelaki berusia 20-an, tetapi saya tidak terpikat kepada perempuan,
sebaliknya lebih tertarik kepada ketampanan lelaki. Perasaan ini sukar
dikawal, terutama ketika berdepan lelaki kacak. Keadaan ini membuat saya
risau. Bagaimana saya hendak menghilangkan perasaan ini?
An,
Johor Bahru
JAWAPAN
Apa yang saudara
rasakan sekarang adalah sesuatu yang di luar tabie dan menyalahi akhlak
serta agama. Sama ada berpunca daripada perasaan saudara yang saudara adalah
mirip perempuan atau kerana pergaulan dengan lelaki saja sehingga menimbulkan
lelaki tertarik pada kaum sejenisnya.
Hanya kekuatan
hati yang takut pada Allah dan dosa dapat melawan perasaan ini. Jaga pandangan
mata dan batasan pergaulan sesama kaum sejenis serta banyakkan berzikir
pada Allah.
|