.
Balik ke Laman Utama
::92.Suami ingin rujuk
SAYA bercerai dengan isteri awal tahun ini dan ingin rujuk semula. Menurut hakim, kami perlu tunggu edah selama tiga bulan 10 hari dan tiga kali suci. 

Masalahnya, pusingan haid bekas isteri saya tidak tetap, kadang-kala dua atau tiga bulan sekali.

Ada rakan memberitahu kami boleh rujuk selepas tamat tempoh edah tetapi tidak boleh bersama hingga dia suci sebanyak tiga kali.

Yang mana harus saya ikut? Adakah memadai menunggu tempoh edah tamat atau perlu tunggu hingga dia suci tiga kali?

MUSYKIL
Mersing

JAWAPAN
Jika cerai itu talak satu atau dua, tuan tidak perlu menunggu edah habis, sebaliknya rujuk ialah proses kembali pada pasangan ketika dalam tempoh edah.

Jika sudah habis edah, bukan rujuk namanya tetapi perlu bernikah semula seperti pertama kali dengan aqad dan membayar mahar.

Berkenaan edah wanita yang tidak tetap haidnya, mestilah menunggu seketika dan jika masih tidak datang haid dikira tiga bulan.

Tujuan sebenar edah adalah untuk memastikan rahim bersih daripada mengandung dan bercampur zuriat jika isteri berkahwin dengan lelaki lain.
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004