.
Balik ke Laman Utama
::93.Untung jualan biaya anti-Islam

UNTUK menambah pendapatan, saya menyertai satu skim jualan langsung yang memberi pendapatan agak lumayan. 

Baru-baru ini, saya mendapat berita pemilik syarikat berkenaan adalah anti-Islam dan menggunakan keuntungan jualan ke arah itu.

Adakah saya masih boleh meneruskan perniagaan jualan langsung itu? Jika diteruskan, adakah saya dikira bersubahat dan bagaimana status pendapatan saya? Adakah ia halal? Apakah garis panduan yang membolehkan kami menyertai skim jualan langsung ini?

ABM
Johor

JAWAPAN
Dalam mencari rezeki biarlah ada berkatnya, bukan sekadar lumayan saja. 
Jika sudah jelas dan terbukti serta bukan sekadar berita angin keuntungan itu dihalakan ke arah menentang agama Islam, hati yang mengaku reda dengan agama Islam tidak akan sanggup memakan rezeki berkenaan.

Dari segi fekah, jika pendapatan yang diperolehi itu sumber dan zatnya halal, ia dikira halal, tetapi dari segi sensitiviti agama juga wajib diambil kira.

Yakinlah rezeki Allah masih luas dan tinggalkanlah yang ada shubhah atau keraguan.
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004