.
Balik ke Laman Utama
::94.Sukar maaf salah saudara

SAUDARA mara pernah melayan kami sekeluarga dengan buruk ketika kami kecil dan hidup susah. 

Kini apabila hidup kami bertukar senang sedikit, mereka mula mendekati dan cuba berbaik-baik dengan kami sekluarga. 

Malangnya, saya tidak boleh menerima mereka dan tidak pernah melayan setiap kali mereka datang ke rumah kami. ia terlalu sukar bagi saya.

Saya tidak berniat memutuskan hubungan saudara dengan mereka, tetapi saya belum dapat memaafkan mereka, terutama apabila mengenangkan kelakuan mereka dulu kepada emak dan ayah.

Adakah saya berdosa? Apa harus saya lakukan?

MAR
Selayang

JAWAPAN
Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain dan kemudian melupakan pula apa yang pernah dilakukan pada kita sangat susah dilakukan, tetapi ganjaran yang dijanjikan tuhan sangat besar jika boleh melakukannya.

Membalas perbuatan jahat orang dengan berbuat baik padanya hanya mampu dilaksanakan bagi orang yang berjiwa besar, berjiwa bersih dan mahu mencari keredaan tuhan.

Buang yang keruh ambil yang jernih, untuk apa dan dapat apa membalas dendam, ia hanya merosakkan jiwa sendiri.

Fitrah manusia mahukan yang baik, oleh itu jangan melawan naluri dan fitrah yang baik itu.
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004