.
Balik ke Laman Utama
::97.Banyak berzikir elak maksiat

SAYA seorang lelaki berusia 20-an, tetapi saya tidak terpikat kepada perempuan, sebaliknya lebih tertarik kepada ketampanan lelaki. Perasaan ini sukar dikawal, terutama ketika berdepan lelaki kacak. Keadaan ini membuat saya risau. Bagaimana saya hendak menghilangkan perasaan ini? 

An,
Johor Bahru

JAWAPAN
Apa yang saudara rasakan sekarang adalah sesuatu yang di luar tabie dan menyalahi akhlak serta agama. Sama ada berpunca daripada perasaan saudara yang saudara adalah mirip perempuan atau kerana pergaulan dengan lelaki saja sehingga menimbulkan lelaki tertarik pada kaum sejenisnya.

Hanya kekuatan hati yang takut pada Allah dan dosa dapat melawan perasaan ini. Jaga pandangan mata dan batasan pergaulan sesama kaum sejenis serta banyakkan berzikir pada Allah.
 
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004