.
Balik ke Laman Utama
::98.Sembahyang wajib qada

BAPA saya sudah lama tidak menunaikan solat. 
Baru-baru ini beliau mula menunaikan sembahyang lima waktu tetapi tidak pergi sembahyang Jumaat, walaupun rumah kami dekat dengan masjid. Apakah hukumnya perbuatan ini dan adakah solatnya diterima Allah?
Sebagai anak, apa perlu saya lakukan?

Insaf,
Terengganu

JAWAPAN
Solat adalah rukun Islam, tidak menunaikannya berdosa besar. Jika dia sudah mula sedar untuk sembahyang, itu petanda baik. Minta supaya dia bertaubat banyak-banyak.

Selepas dia betul-betul insaf, maklumkan yang dia wajib mengqada sembahyang yang tertinggal dan solat Jumaat juga wajib. Berilah harapan bahawa Allah Maha Pengampun pada bapa dan doakan dia.
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004