ESCOTT ZEOLITE

   "Mengumpul, menyimpan dan melepaskan nutrien baja"

      

 Pembekal dan pengedar tunggal Malaysia                                                                                                                     Utama Medigold Enterprise ( JM 0419900 )                                                                 Free URL Redirection @ .co.nr

 

 

Escott Zeolite

"Sesuai untuk semua jenis tanaman"

Apa itu Zeolite?

 Struktur jaringan kristaline Zeolite merupakan struktur yang optimum untuk elemen-elemen dan molekul-molekul yang telah terpilih. Ia sarat dengan kalsium, magnesium, potassium dan mempunyai kandungan sodium yang amat rendah. Kadar ketelusannya ialah 42%.

Bagaimana ia berfungsi?

 Zeolite menarik molekul-molekul dan elemen-elemen tertentu yang sesuai dengan strukturnya dan kepada caj negatifnya seperti ammonium, potassium, kalsium dan magnesium. Ia juga mampu menapis elemen-elemen zink, plumbum, kuprum dan lain-lain elemen logam berat (heavy metals) melalui sistem bio-filternya.

Zeolite Australia dari Escott di New South Wales amat unik dari segi kekerasannya dan dengan ini mampu mengekalkan integriti strukturnya walau dalam keadaan apa sekalipun. Escott Zeolite rendah kandungan sodium, kalsium dan magnesium. Zeolite amat sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan dan sesuai untuk system kerja penapisan air dimana ia tidak akan hancur di bawah tekanan.

ESCOTT ZEOLITE SEMULAJADI AUSTRALIA

 Escott Zeolite adalah mineral semujadi yang menakjubkan kerana kebolehan luar biasanya untuk menyerap, <kandung lepas / hold release> dan menukar pelbagai kimia, nutrien, toxin (racun), dan ion-ion mengikut keperluan semasa. Escott Zeolite dibentuk dari komponen kaca lahar gunung berapi juta tahun dahulu. Simpanan zeolite yang berumur 300 juta tahun  milik Zeolite Australia Limited di “Escott” Werris Creek di utara New South Wales adalah unik dan memiliki ciri-ciri kekerasan yang istimewa.

 Escott Zeolite memiliki struktur atom dalaman yang telus yang menyediakan ruang yang terbuka dengan rangkaian ruang-ruang yang memberikan ia permukaan yang luas (sehingga 450m2/g) dan ketelusan yang tinggi (sehingga 45%) untuk memerangkap dan menukar unsur-unsur, air dan lain-lain molekul tanpa mengubah strukturnya. Escott Zeolite sangat aktif, tidak mudah larut dan mempunyai mineral semulajadi yang stabil (sebahagian dari kumpulan hydrated alumino silicates) dan sesuai digunakan sebagai penambahan organic perladangan dan perkebunan. Ia mempunyai caj negative diimbangkan dengan unsur-unsur  bebas yang bercaj positif. Ini menyediakan perangkap yang sangat sesuai untuk unsur-unsur positif seperti ammonium yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan potassium yang akan dilepaskan pada kadar yang diperlukan oleh tumbuhan.

 Mineral utama yang terdapat di dalam Escott Zeolite ialah “clinoptilolite” yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino dan memiliki kadar penukaran <cation> (CEC) +120 meq./100g. Escott Zeolite amat keras dan rendah dalam kandungan sodium berbanding dengan zeolite yang lain terdapat di dunia, dan dengan itu amat tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan. Escott Zeolite semulajadi yang berkualiti tinggi boleh terus berfungsi sebagai takungan air dan nutrien di dalam tanah untuk satu jangkamasa yang panjang.

 Escott Zeolite mempunyai keserasian terutama dengan ammonium (N H4+), Potassium (K+), Calsium (Ca+) Magnesium (Mg+) dan elemen-elemen lain yang membuat ia amat berguna sebagai bahan tambahan tanah, kompos dan baja untuk mengumpul, menyimpan dan secara perlahan melepaskan nutrien baja yang kritikal.

 KEGUNAAN ESCOTT ZEOLITE

  • Meningkatkan Efisiensi Baja
  • Perladangan & Pekebun kecil
  • Tapisan Air
  • BioFilter
  • Turf (Rumput Padang)
  • Makanan Tambahan untuk binatang ternakan
  • Akuakultur
  • Penapisan Kolam Zelbrite

Bagaimana Zeolite Berfungsi

  • Mengumpul dan  mengekalkan nutrien, terutama Ammonium, Potassium, Calsium & Magnesium
  • Membantu melepaskan Phosphorus (PO4+) untuk kegunaan tanaman.
  • Mengurangkan kadar kehilangan nutrien melalui larut lesap (leaching) tanpa memberi kesan terhadap system pengaliran air.
  • Melepaskan nutrien-nutrien mengikut keperluan tanaman
  • Penghasilan bertambah tinggi
  • Memperbaiki Kadar Penukaran <cation> (CEC)
  • Mengurangkan bauan dan kehilangan Nitrogen dari baja semulajadi.
  • Bahan tambahan yang baik untuk Urea, CAN, MAP & DAP
  • Meningkatkan pertumbuhan
  • Meningkatkan kualiti kebocoran air dan takungan air
  • Meningkatkan nilai baja-baja lain yang biasa dipakai
  • Tidak mudah pecah dalam tanah dan tahan lama
  • Membantu jangkamasa takungan air

KESIMPULANNYA

Escott Zeolite sesuai untuk semua jenis tanaman di mana:

  • Escott Zeolite mengumpul, menyimpan, dan melepaskan nutrien baja mengikut keperluan tanaman

  • Escott Zeolite mengurangkan kehilangan ammonium(NH4+), potassium (K+), Kalsium (Ca++), dan magnesium (mg++) ke perut bumi.

  • Escott Zeolite membantu melepaskan ion phospharus(PO4+) untuk kegunaan tanaman

  • Escott Zeolite menyimpan air dan organisma dalam tanah

  • Escott Zeolite memaksimakan penggunaan baja UREA, CAN, MAP, DAP dan lain-lain dengan mengurangkan kehilangan baja

Hasil nya :

  • Tumbesar pokok-pokok bertambah baik

  • Timbangan berat buah-buahan , sayur-sayuran,padi getah, kelapa sawit bertambah baik

  • Daya tahan penyakit pokok-pokok bertambah baik

  • Kesuburan tanah pertanian bertambah baik

  • Baja kimia berkurangan tapi hasil tanaman bertambah baik

  • Mesra alam dan tanah sentiasa subur

  • Rumput padang golf lebih hijau dan kelembapan bertambah baik